Bermula pada 1 hb Muharam Tahun Hijrah 1432 bersamaan dengan 7hb Disember 2010 usaha akan dibuat untuk bergiat aktif semula dalam bidang pertanian dan ternakan. Saya akan menumpu lebih banyak masa di Slim berbanding dari dahulu. Ini adalah kerana saya sekarang telah membaik pulih Istana Raja Musa dan tinggal di rumah tersebut dari petang Jumaat hingga pada Isnin tiap-tiap minggu.
Buat masa ini urusan sedang diambil menebas seluruh "KRB Health Farm" dan membaiki semua kemudahan yang telah rosak. Tindakan juga sedang diambil menerangkan keliling pokok yang ditanam di Tanah Lot 9854 .Bagi Tanah Lot 443 pula tindakan akan diambil untuk menanam pelbagai jenis buloh.
Ternakan ayam secara kecil-kecilan akan dimulakan disekitar rumah di Lot 150 secepat mungkin.
Perjumpaan akan diadakan dengan beberapa ahli Peladang Unit Kampong Sawa untuk berbincang memulakan projek secara kumpulan.

No comments:
Post a Comment