Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli Pertubuhan Peladang Unit Kampong Sawa khasnya dan lain-lain Unit amnya kefahaman mengenai apa yang dikatakan niaga tani itu dan kerjaya sepenoh masa sebagai seorang usahawan produk pertanian/ternakan dan pelaburan dalam agro bisnes.
2. Matlamat seminar adalah :-
(a) Membolihkan perserta seminar mengetahui peluang-peluang yang terdapat dalam bidang-bidang pertanian/ternakan sebagai kerjaya sepenoh masa.
(b) Menerangkan faedah yang diperolihi jika menggunakan mesin-mesin yang bersesuaian dalam menghasilkan bidang pertanian/ternakan berbanding dengan menggunakan tenaga manusia sepenohnya.
(c ) Menitik beratkan pentingnya perancangan yang terperinci dan jadual kerja yang tersusun bila melaksanakan sesuatu projek untuk menentukan kejayaannya.
(d) Meyakinkan ahli melabur dengan PPK Slim River/Tanjong Malim akan mendapat pulangan yang tinggi.
(e) Memaklumkan sumber kewangan yang boleh dipohon bagi membesarkan perusahaan yang sedia ada.
(f) Membincangkan peluang-peluang yang terdapat dalam bidang pertanian/ternakan masakini.
3. Butir-butir Seminar:-
Tempat : Kampong Lintah , Slim Village
Tarikh : Hujong Tahun 2014
Penganjur : PPK Slim River/Tanjong Malim sebagai penganjur dan Unit Kampong Sawa sebagai urusetia.
Untuk keterangan lanjut sila hubung:-
Pertubuhan Peladang Unit Kampong Sawa,
Lot 23 , Dataran RAMADHAN,
Jalan Taylor , Pekan Slim
Tel: 016 6153960
Monday, September 22, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
