Thursday, April 21, 2016

Menyambung Semula Pertukaran Maklumat Mengenai Pertanian Dan Perladangan

Selepas tidak menulis diblog ini buat beberapa lama maka dengan ini diaktifkan semula blog ini supaya dapat menyumbang bagi peningkatan pengeluaran bahan makanan untuk kesejahteraan Negara.

Blog ini diharap boleh menyumbang sebagai satu platform bagi memperkasakan bidang pertanian di Negara ini.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.

Monday, September 22, 2014

SEMINAR MENGENAI PELUANG DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN AGRO BISNES

Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli Pertubuhan Peladang Unit Kampong Sawa khasnya dan lain-lain Unit amnya kefahaman mengenai apa yang dikatakan niaga tani itu dan kerjaya sepenoh masa sebagai seorang usahawan produk pertanian/ternakan dan pelaburan dalam agro bisnes.

2. Matlamat seminar adalah :-
(a) Membolihkan perserta seminar mengetahui peluang-peluang yang terdapat dalam bidang-bidang pertanian/ternakan sebagai kerjaya sepenoh masa.
(b) Menerangkan faedah yang diperolihi jika menggunakan mesin-mesin yang bersesuaian dalam menghasilkan bidang pertanian/ternakan berbanding dengan menggunakan tenaga manusia sepenohnya.
(c ) Menitik beratkan pentingnya perancangan yang terperinci dan jadual kerja yang tersusun bila melaksanakan sesuatu projek untuk menentukan kejayaannya.
(d) Meyakinkan ahli melabur dengan PPK Slim River/Tanjong Malim akan mendapat pulangan yang tinggi.
(e) Memaklumkan sumber kewangan yang boleh dipohon bagi membesarkan perusahaan yang sedia ada.
(f) Membincangkan peluang-peluang yang terdapat dalam bidang pertanian/ternakan masakini.

3. Butir-butir Seminar:-

Tempat : Kampong Lintah , Slim Village
Tarikh : Hujong Tahun 2014
Penganjur : PPK Slim River/Tanjong Malim sebagai penganjur dan Unit Kampong Sawa sebagai urusetia.

Untuk keterangan lanjut sila hubung:-
Pertubuhan Peladang Unit Kampong Sawa,
Lot 23 , Dataran RAMADHAN,
Jalan Taylor , Pekan Slim
Tel: 016 6153960

Wednesday, September 25, 2013

MAJU SETAPAK KEHADAPAN.

Insyaallah dalam masa terdekat tumpuan Peladang Unit Kampong Sawa Slim Village tidak tertumpu kepada pengeluaran hasil pertanian sahaja. Ianya akan melibatkan diri dalam perniagaan,

Untuk tujuan tersebut satu pusat pengumpulan akan di wujudkan di Pekan Slim untuk membolehkan peladang di Lembah Sungai Slim memasarkan hasil pertanian mereka.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mengambil bahagian dengan menghubungi mana AJK Peladang Slim.

Thursday, March 1, 2012

MESYUARAT AGUNG UNIT KAMPONG SAWA 2012

1. Mesyuarat Agung Tahunan Unit Kampong Sawa

Tarikh Mesyuarat : Hari Selasa 28hb Februari 2012
Tempat: Dewan Orang Ramai Kampong Sawa
Masa: 3.45 petang
Pengerusi Mesyuarat : Tuan Haji Umar bin Mat Arof PMP, PPN ,PPT ,Ahli Jemaah Pengarah PPK Slim River/Tanjong Malim .
Pegawai PPK SlimRiver/Tanjong Malim: Encik Bisnan bin Shuib, Pengurus Pertubuhan.
Urusetia Mesyuarat : Dua orang pegawai PPK Slim River/ Tanjong Malim.

2. Pemilihan/Perlantikan Pegawai Unit t Kampong Sawa Bagi Tahun 2012/2013:-

Ketua Unit : Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Timbalan Ketua Unit : Encik Abdul Hamid bin Ahmad.
Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Abdul Razak bin Kassim
Encik Roslan bin Talib
Tuan Haji Hamzah bin Raja Budin
Puan Hjh Rokiah bt Arifin
Puan Rawiah bt Mat Hassan
Ketua Peladang Wanita : Puan Faridah bt Mohd Khalil
Ketua Kumpulan Peladang Muda : Akan dicalunkan kemudian.
Calon Ahli Jemaah Pengarah : Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan PPK :-
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Tuan Haji Abdul Razak bin Kassim
Encik Roslan bin Talib
Puan Hjh Rokiah bt Arifin
Puan Rawiah bt Mat Hassan
Calon Perwakilan PPK ke PPN :-
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Encik Abdul Hamid bin Ahmad

3. Laporan Tahunan Kemajuan Unit :- Seperti lampiran

4. Usul-usul dari Unit :-(a) Minta elaun kehadiran Mesyuarat Agung Unit dinaikkan dari RM 15.00 kepada RM 30.00
(b) Minta wang khairat kematian dari RM 100.00 kepada RM 200.00
(c ) Minta pemindahan teknologi membuat baja dari sisa kambing ke unit-unit yang ada memelihara kambing

5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang dengan ucapan terima kasih dari Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain bagi pihak Unit Kampong Sawa kepada Pengerusi Mesyuarat Tuan Haji umar bin Mat Arof dan Encik Bisnan bin Shuib serta pegawai PPK yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.



Wednesday, February 1, 2012

PROJEK MENANAM SAWIT DI LOT 9854




Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 11hb November 2011 telah meluluskan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) di Lot 9854. Diantara bantuan yang disediakan adalah bayaran insentif penyediaan kawasan dengan kadar RM 2,000.00 sehektar tanah. Benih sawit akan di bekalkan oleh MPOB.

Mesin backhoe telah digunakan bagi memperbaiki sistem peparitan. Sila lihat gambar-gambar yang dikepilkan.

Anak benih sawit sudah diterima dan urusan menanam dan mendirikan pagar sedang diuruskan. Kerja-kerja menanam sawit dijangka akan siap sepenohnya pada hujung bulan Februari 2012.`

MESYUARAT AGUNG UNIT KAMPONG SAWA

Dimaklumkan PPK Slim River/ Tanjung Malim telah memberitahu Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Unit Kampong Sawa adalah pada Hari Selasa 28 hb Februari 2012.

Tempat :Dewan Orang Ramai Kampong Sawa
Masa : 4.00 petang

Ahli Unit Kampong Sawa adalah diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut