


Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 11hb November 2011 telah meluluskan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) di Lot 9854. Diantara bantuan yang disediakan adalah bayaran insentif penyediaan kawasan dengan kadar RM 2,000.00 sehektar tanah. Benih sawit akan di bekalkan oleh MPOB.
Mesin backhoe telah digunakan bagi memperbaiki sistem peparitan. Sila lihat gambar-gambar yang dikepilkan.
Anak benih sawit sudah diterima dan urusan menanam dan mendirikan pagar sedang diuruskan. Kerja-kerja menanam sawit dijangka akan siap sepenohnya pada hujung bulan Februari 2012.`
